My Marriage

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

MyRecipes

Ayam Masak Asam (nama aku bagi sendiri)


Sebenarnya resepi ni aku belajar dengan mak mentua aku, xpasti samada ni resepi dari Kedah ke macam mana tapi yang pasti kalau pergi kedai makan kat Kedah, mesti ada lauk ni. Tapi, orang Kedah termasuk mak mentua aku tak guna ayam, diorang guna ikan termenung... kiranya aku improvise resepi ni la sebab kat Terengganu, family aku prefer lauk ni masak guna ayam....yum..yum...



Bahan-bahan

Ayam seekor
bawang putih setengah labu
bawang besar 4 labu (kalau xsuka bawang banyak, kurangkan ikut selera)
halia 1 setengah inci
air asam jawa (ikut selera sendiri nak masam macam mana)
sedikit kiub ayam
sedikit gula @ nisan (mcm gula melaka)
garam secukup rasa

Cara Memasak


1. Potong ayam ikut selera masing-masing
2. Gaulkan ayam dengan garam kunyit dan gorengkan 3 suku masak (kalau masak sangat, nanti xserap kuah)
3. Mayang bawang putih, bawang besar dan halia pastu tumis sampai naik bau.
4. Lepas tu masukkan air asam jawa, kiub pati ayam, gula @ nisan dan garam secukup rasa.
5. Bila semua perasa dah ikut selera, masukkan ayam...bagi ayam mesra dengan kuah, tutup api dan hidangkan....